Selamat datang kehalaman blogspot Anak Peneroka Online Seluruh warga kerja Anak Peneroka Online mengucapkan Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin Seluruh negara Islam seunia bersatu mempertahankan Gaza Tragedi MH 17-Ucapan takziah untuk semua waris yang terlibat Misteri MH 370-Doa untuk semua Menyokong semua usaha Kerajaan Malaysia
blogger tricksblogger templates

Rabu, Ogos 06, 2014

PKR TEKAD SINGKIRKAN KHALID WALAUPUN RISIKO HILANG SELANGOR

Shah Alam, 06 Aug - Demi mengangkat Datuk Seri Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor yang baru, PKR sanggup melakukan apa sahaja yang termampu untuk menyingkirkan Tan Sri Khalid Ibrahim yang pada masa kini memegang jawatan MB tersebut.

Menurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, PKR sedia kehilangan Selangor sekiranya pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) merupakan satu-satunya cara untuk Tan Sri Khalid Ibrahim berundur. Ahli Parlimen Pandan itu mengakui meskipun PKR bakal berdepan keadaan sukar sekiranya pembubaran DUN berlaku namun parti itu sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan.

Menurut beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyatakan kesediaan menerima hakikat kehilangan kerajaan negeri Selangor sekiranya pembubaran DUN satu-satunya jalan bagi menyingkirkan Khalid. "Bagi mempertahankan prinsip, kita tidak kisah kehilangan kerajaan, jika itu perlu dilakukan maka ia amat berbaloi, pemimpin datang dan pergi, saya, Anwar."

Menurut Rafizi, beliau juga yakin bahawa rakan sekutu mereka PAS dan DAP turut bersedia dengan hakikat risiko kehilangan kuasa memerintah di negeri berkenaan

"Meskipun kita tidak tahu bagaimana dengan DAP atau PAS tapi kita yakin mereka juga sependapat dengan kita," katanya.

Rafizi turut menjelaskan bahawa strategi Langkah Kajang sebelum ini merupakan satu rancangan alternatif kepada PR untuk menggantikan metnteri besar Selangor. "Memang benar ia idea saya kerana kita mahu 'back up plan' malah Anwar sendiri sudah beritahu Khalid kita akan tukar menteri besar." -UtaraNews.com

MASTER MULTIMEDIA-WEB DESIGN

Master Multimedia - Web Design.
blogspot dan Wordpress perniagaan.

Sejak kami memulakan perniagaan dan perkhidmatan ini,kami bnabyak dihubungi oleh sahabat-sahabat kita yang baru memulakan perniagaan kecil-kecilan untuk bertanyakan apa yang pihak kami boleh buat untuk membantu mereka dalam memajukan perniagaan mereka.

Pihak kami sangat faham kemampuan keewangan sahabat-sahabat kita yang baru memulakan perniagaan ini.Pihak kami dengan sedaya upaya cuba membantu mereka dengan mengiklankan perniagaan,pengeluaran atau perkhidmatan mereka kepada pelangan melalui internet.
Pihak kami telah mereka cipta sebuah blogspot atau wordprees yang simple dan murah untuk kegunaan mereka dalam perniagaan dengan harga yang mampu ditangung oleh mereka.Kami juga memberi tunjuk ajar dan bimbingan untuk mereka mengurus sendiri blog perniagaan mereka.

Dan hasilnya,pihak kami telah dapat membantu ramai peniaga dan usahawan melayu bumiputera dalam memajukan perniagaan mereka.Sekarang ini,kebanyakan syarikat yang kami bantu telah dapat bersaing mengiklankan perniagaan mereka didalam internet.Profail dan peniagaan mereka telah dapat dicari diinternet setanding dengan syarikat-syarikat besar lain.

Bimbingan dan bantuan semampu yang kami boleh lakukan adalah untuk melihat usahawan-usahawan dan peniaga bumiputera kita dapat setanding dengan syarikat-syarikat lain di Malaysia dan luar Malaysia.Alhamdulillah,hasrat kami dapat dipenuhi dengan kepercayaan yang diberikan kepada kami.

Master Multimedia - Web Design
019 511 7908 / 07 8931 484
mastermultimedia888.blogspot.com

TAJUK BERITA ANAK PENEROKA ONLINE

blogger templatesMy Blogger Tricks